Peluru berpandu serangan darat

Peluru berpandu serangan darat merujuk pada sejenis peluru berpandu permukaan ke permukaan yang mampu menyerang sasaran di darat, tidak sepertimana peluru berpandu anti kapal yang khusus dikeluarkan untuk menyerang kapal-kapal lain. Beberapa jenis peluru berpandu ini sesuai untuk digunakan untuk kedua-dua misi.

Seperti peluru berpandu anti kapal jarak jauh, peluru berpandu serangan darat biasanya dijana oleh turbin jet atau turbin kipas untuk memacu peluru berpandu krus. Untuk mengelakan pengesanan awal dan tindak balas, peluru berpandu ini akan terbang menghampiri permukaan tanah pada aras rendah, menggunakan teknik mendakap permukaan, sama ada dengan radar mendakap permukaan atau sistem navigasi jitu seperti GPS, yang digabungkan dengan peta tersimpan yang mempunyai maklumat-maklumat halangan dan data ketinggian tanah (TERCOM).

Peluru berpandu serangan darat biasanya diprogram sebelum dilancarkan mnegikut garis penerbangan sehingga ke sasaran. Panduan terminal boleh dialkukan dengan menggunakan panduan radar aktif, radar pasif atau peralatan sokongan peperangan elektronik, panduan infra merah atau panduan optik, atau sesebuah sasaran tetap telah dikenal pasti lebih awal sebagai titik akhir.

Beberapa model peluru berpandu ini membenarkan perubahan sasaran selepas dilancarkan dan beberapanya mungkin mengirim kembali maklumat ke pelancar pelancaran atau unit-unit lain.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne